Sunday, January 3, 2010

Post terpanjang di dunia kalau baca gerenti 2011 baru habis

Tadi kemas kemas bilik nak keluarkan sume buku form 3 sbb aku dah menengah atas skarang ni hehe . Lepas tu susun kertas latihan setebal sejengkal kertas latihan tingkatan tiga , ternampak kertas science . Teringat pulak yg cikgu tu suka photostat latihan pkai kertas recycle sbb saving dia kata , lps tu ktorang bukan baca latihan , baca benda recycle tu hehe . Sekarang aku terfikir , tak sangka Science & Sejarah aku dpt A sbb aku agak tak yakin kat dua subjek tu lgpun aku asek main main time science lg lg time chapter 4 haha :P then aku tengok buku latihan PMR gila banyak tak buat patut lah dpt 7A2B je padan muka kau Azzam haha :P Marilah lihat tulisan handsome saya dari ting 1 - 3 ;



Lepas tu selongkar laci nak kemas jumpa buku ni , buku ni lucah gila haha dapat time tingkatan 1 orientasi . Dlm ni ada gambar lukisan peringkat tumbesaran remaja tidak berpakaian fully naked hahaha :P Lelaki dapat ni , perempuan dpt Cabaran menjadi gadis ke dara tah lahh haha


Time merdeka 2007 , aku ketua & join pertandingan buat banner bunting merdeka lepas tu ktorang tak sangka boleh dapat tempat pertama sbb ktorang tak sempat nk kaler muka sume PM ni dan ktorang berjaya kalahkan tingkatan 2 & 3 ! Hebat gila kot haha and fully design and idea aku , kawan lain tinggal warnakan je haha



Jumpa surat cuti yg aku tak hantar kat cikgu sbb cikgu tak mintak , gimic je cikgu cakap kalau tak hantar kena hukuman berat tp takde pun haha . Nasib baik sempat buat buat muka cuakk klau tak penat je cikgu ckp gimic berbaloi jugak bila dia tgk muka aku yg buat buat cuak ni haha .




Selongkar dan jumpa jam since bila tah , semua ni bukan original pun kecuali jam petronas tu , abah kasi :D almaklumlah aku tak kaya mana pun :(



Dan jumpa handphone abah yang aku pinjam time dia cuti sbb dia ada dua phone sedangkan aku pakai Nokia Disco (cehh zaman aku kuno phone) then pinjam lah phone dia sbb best . Phone ni actly dh pecah sbb kne hempas dgn abah sbb aku hilangkan sim dia haha Sorry :(

Aku kemas bilik ni boleh kaya tau tak ? Jumpa banyak 10 sen & 20 sen nampak sgt lah 10 sen tu tak bernilai bg aku haha , tp aku kutip masuk tabung yeay aku kayaaaa haha :P Esok sekolah , semangat sikit je tu pun sbb bag baru mahal haha dgn boxer baru . Orang tau ke kalau aku pkai boxer baru ? haha Nasib baik aku bukan model sependar (perli) haha :P Selamat Kembali Ke Sekolah kepada you , Luqman , Zainal , Amer , Dila & Dean serta pembaca yg bersekolah . kau tak sekolah ape aku kesah ? Kepada kawan kawan yang aku link kat ats ni , jom kita post entry pasal first schoolday guna tajuk sama nak ?

14 comments:

Marker Hitam said...

Boleh boleh. Nak kasi tajuk apa? Tajuk sekolahku, syurgaku? Meroyan! Haha. Eh sama lah. Jam aku byk ciplak je. Haha takde kuasa aku nak beli mahal-mahal. Ada satu je jam ori -_-

AzzamAzhar said...

Hmm tajuk : School Sucks but i like it :) haha Buatpe beli mahal mahal kalau yg murah pun boleh guna kan kan ?

Ahmad Luqman said...

Heh aku semangat ni bangun kol 5.24 pagi baca blog kau ;D Hehe. Tak sampai 2011 pun.

Amer dah sekolah semalam (Ahad) loh -.-"

AzzamAzhar said...

Awl gila kau bgun haha , Ohh dia kedah kan hmmm mmg lah tk smapi 2011 haha

zainalalieff said...

Blog yang saya kaji ialah Photographer's Story karya Azzam Azhar. Nilai yang saya dapati daripada blog ini adalah nilai menipu. Azzam berkata sesiapa yang baca entri ini pasti akan habis membacanya pada tahun 2011. Tetapi, saya baca tak sampai 5 minit. Itu sahaja nilai yang dapat saya cungkil daripada blog ini.

Err School sucks but I like it? Haa esok post jom!

AzzamAzhar said...

Sebenarnya bukan menipu tapi kadar hiperbola yg terlampau maksimum digunakan pada tajuk entri yang tak seberapa hehe :D Aku blaja kat Hanis Zalikha punya tips tp aku punya tajuk gila hiperbola kot

zainalalieff said...

haha ooh. ehh tips blogger hebat macam kakak hanis *perasan aku adik dia. hahaha.

AzzamAzhar said...

ceh ceh yelah kau adik form 5 hehe :P aku abg form 4 :) haha

Candy Dandy said...

jam tangan warne pink tuh.. budak2 skola aku mint sangat..market habes! kau pun minat ea?

Dila Jamalia said...

aku harap lepas aku habis baca dah 2011 supaya tinggal setahun aku sekolah pasir panjang tapi realitinye sekarang masih 2010! D':

ohh azzam ada tabung bas biru!

AzzamAzhar said...

Candy : alamak kantoii , aku pkai smpai bulan sept 2009 je kot sbb lopek & rosak so skrg aku tak minat jam

AzzamAzhar said...

DilaJamalia : haha , yg kau percaya title tu knp ? Bas biru tu byk berjasa , aku kemas bilik jumpa duit syiling 10/20 sen masuk kat tabung tu tp tak lock bila dh byk tukar dgn mak aku hehe :D aku dpt time drjh 6 byk memory sob sob ;(

FANA said...

mcm2 jenis tulisan

Ahmad Luqman said...

jap. tulisan asal takleh lawa lagi. ha. ha